Home » Langit Terbuka » Mohd Na’im Ketua Pengarah baharu JKSM

Mohd Na’im Ketua Pengarah baharu JKSM

Na'im (dua dari kiri) ketika menemui Menteri di Jabatan Perdana Menteri baru baru ini. - Foto FB

KUALA LUMPUR – Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang baharu.

Menurut kenyataan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, Mohd Na’im sebelum ini memegang jawatan Ketua Hakim Syarie di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor dan Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga di JKSM.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Selain itu, beliau berpengalaman menganggotai Panel Majlis Perundingan Islam serta menjadi Ahli Jawatankuasa Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Mohd Na’ím juga pernah dilantik sebagai profesor adjung oleh Fakulti Undang-undang Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 2012.

Menurut kenyataan itu lagi, kepakaran beliau turut diperakui dunia luar apabila dilantik sebagai Chevening Felo Pelawat Malaysia di Oxford Centre for Islamic Studies, United Kingdom, bagi 2008/2009, Felo Pelawat di Harvard Law School, Amerika Syarikat, dan berkhidmat di Universiti Harvard dari Februari hingga Mei 2013.

Mohd Na’im memulakan kerjaya sebagai pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dari 1990 hingga 1997. – Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *