Home » Langit Terbuka » Yasin for Aqsa: Sokongan buat rakyat Palestin

Yasin for Aqsa: Sokongan buat rakyat Palestin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, program Yasin For Aqsa sudah dirancang oleh kerajaan bersama beberapa badan bukan kerajaan yang selama ini turut memperjuangkan isu Palestin. - Foto Paliroots

GEORGETOWN – Sebuah program bacaan surah Yasin akan diadakan pada 4 April ini di seluruh negara bagi menyatakan sokongan Malaysia terhadap rakyat Palestin yang diserang zionis Israel beberapa hari lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, program itu sudah dirancang oleh kerajaan bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang selama ini turut memperjuangkan isu Palestin.

Menurutnya, selain bacaan surah Yasin, platform yang sama juga turut mengadakan solat hajat kepada umat Islam yang ditindas di bumi Gaza tersebut.

Program tersebut diberi nama Yasin for Aqsa akan diadakan di seluruh negara bagi mendoakan keselamatan dan menunjukkan keprihatinan Malaysia dalam isu ini.

’Kita akan baca Yasin dan juga solat hajat yang mana program ini sudah dalam perancangan bersama NGO yang memperjuangkan isu Palestin ini. Insya-ALLAH ia akan diadakan pada 4 April ini di seluruh negara,’katanya kepada media.

Terdahulu, Mujahid ditemui selepas merasmikan Konvensyen Masjid Model Rahmah di Masjid Al Malik Khalid Universiti Sains Malaysia (USM) di sini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *