Yadim berusaha bantu kerajaan pertahankan Islam dan perpaduan kaum

KUALA LUMPUR – Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim) dalam misi membantu kerajaan untuk mempertahankan Islam dan mengukuhkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Yang Dipertuanya, Nik Omar Nik Abdul Aziz berkata, Yadim akan berusaha memberikan penjelasan terbaik kepada masyarakat bukan Islam bahawa Islam ialah agama penuh rahmat dan kedamaian. “Peranan utama Yadim tentunya dakwah kepada orang Islam […]

Pakar NUIM untuk gerak kerja dakwah YADIM

KUALA LUMPUR – Seramai 25 orang pakar daripada pelbagai bidang hari ini (3 Mei) menerima watikah pelantikan sebagai ahli Nadwah Ulama dan Ilmuan Malaysia (NUIM) daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Watikah berkenaan disampaikan sendiri oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz dalam satu majlis di sini, sempena retreat 2 hari […]

Cuci Cuci di Serendah

SERENDAH – Menjelang tibanya Ramadan, pasukan Cuci Cuci Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia pada 27 April lalu telah melaksanakan kerja pembersihan surau Taman Serendah Makmur, Batang Kali di sini. Seperti kebiasaan, pasukan sukarelawan ini telah melaksanakan kerja pembersihan dalaman dan luaran surau. Program turut disertai oleh ahli jawatankuasa dan penduduk kawasan sekitar. Selesai program khidmat berkenaan, […]

Perutusan Tahniah MPWIM

PUTRAJAYA – Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Arif Datuk Tengku Maimun Tuan Mat diatas perlantikan sebagai Ketua Hakim Negara. Ia merupakan saat yang cukup membanggakan apabila beliau mencipta sejarah negara selaku wanita pertama dilantik ke jawatan tersebut. MPWIM mendoakan semoga Yang Amat Arif dapat […]

Tiga pilihan kadar zakat fitrah di Perak

IPOH – Pembayaran zakat fitrah bagi tahun 1440H/2019M di negeri ini ditetapkan pada tiga pilihan harga iaitu RM7, RM14, RM21. Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dalam satu kenyataan memaklumkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah berkenan memperakui pandangan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak Kali Ke-216 pada 16 Januari lalu bagi penetapan […]

Lelaki ugut tumbuk Mufti Perlis diberkas

KANGAR – Kurang 24 jam selepas seorang lelaki mengugut untuk menumbuk sehingga mencederakan Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin di laman Facebook kelmarin, suspek berjaya diberkas di Pulau Pinang, awal pagi ini (3 Mei). Lelaki berusia 36 tahun yang bekerja sebagai kerani itu ditahan di rumahnya di Gelugor. Penahanan itu disahkan Ketua Polis […]

Tidak benar kedudukan, kesucian Islam terancam

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, dakwaan bahawa kedudukan dan kesucian agama Islam terancam di bawah pentadbiran kerajaan adalah tidak benar sama sekali. Beliau berkata, kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan telah termaktub dalam Perlembagaan yang tidak akan diubah. Tegasnya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil […]

KTMB sedia tren tambahan sempena Ramadan mulai 6 Mei

KUALA LUMPUR – KTM Komuter menyediakan tren tambahan sempena Ramadan bagi laluan Pelabuhan Klang-Tanjung Malim bermula 6 Mei hingga 4 Jun depan. Penambahan itu dibuat bagi memenuhi permintaan tinggi daripada penumpang serta perubahan waktu bekerja sempena Ramadan khususnya melibakan sektor awam dan swasta. Memetik Utusan Online, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyatan memaklumkan, […]