Elak masjid, surau jadi pusat sebar kebencian

KUALA LUMPUR – Masjid dan surau perlu menjadi institusi ummah yang bebas daripada segala bentuk kepentingan termasuk berkait unsur politik kepartian, sebaliknya perlu menjadi pusat menyampaikan perkara kebaikan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata kesucian masjid dan surau perlu dipelihara supaya tiada pihak cuba mengambil kesempatan menyebarkan kebencian atau […]

PM utus surat kepada Arab Saudi mohon kuota haji ditambah

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengutus surat rasmi kepada kerajaan Arab Saudi berhubung permohonan kuota tambahan jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH) Datuk Seri Zukri Samat. Beliau berkata, bagaimanapun buat masa ini Lembaga TH masih belum menerima sebarang jawapan rasmi berkenaan […]

Iftar@KL 2019 terima sambutan luar biasa

KUALA LUMPUR – Sambutan luar biasa. Itu yang dapat disimpulkan kepada sambutan dan penganjuran program Iftar@KL 2019 pada 25 Mei lalu. Kerjasama melibatkan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu menyaksikan ribuan pengunjung, khususnya warga kota membanjiri Jalan Raja […]

Elak Kemalangan Di Musim Perayaan

SAMBUTAN hari raya di kampung telah menjadi tradisi masyarakat Islam di Malaysia . Namun,dalam keghairahan untuk pulang ke kampung, persiapan mental dan fizikal perlulah dilakukan agar perjalanan menjadi selamat. Dalam hal ini, YADIM ingin mengambil kesempatan memberi nasihat kepada pengguna jalan raya yang mahu pulang ke kampung halaman supaya berhati-hati kerana potensi berlakunya kemalangan adalah […]

Tarikh lihat anak bulan Syawal 3 Jun

KUALA LUMPUR  – Tarikh melihat anak bulan Syawal adalah pada petang Isnin, 3 Jun bersamaan 29 Ramadan 1440 Hijrah, menurut kenyataan daripada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di sini, hari ini (27 Mei). Majlis Raja-Raja juga bersetuju bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab dengan tarikh sambutan diisytiharkan pada malam […]

Palestin kecewa sikap negara Arab

BAITULMUQADDIS – Palestin menegaskan ‘tidak akan mengiktiraf mana-mana pihak yang bercakap atau berunding bagi pihaknya’ ketika berlangsungnya persidangan pelan damai diketuai Amerika Syarikat (AS) di Manama, Bahrain bulan depan. Amaran itu disuarakan oleh Setiausaha Agung Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Saeb Erekat. Lapor Jerusalem Post, pentadbiran AS merancang untuk mendedahkan perancangan ekonomi dalam pelan […]