World #QuranHour jenama berjaya promosi budaya baca al-Quran

ALOR SETAR – Program World #QuranHour yang memasuki tahun keempat diadakan secara besar-besaran boleh dilihat sebagai jenama terkenal yang berjaya mempromosikan budaya membaca al-Quran dalam kalangan umat Islam daripada pelbagai lapisan masyarakat. Malah, World #QuranHour turut menjadi asas penyatuan ummah tanpa mengambil kira perbezaan kedudukan, latar belakang, ideologi mahupun fahaman politik dan pemimpin atau pun […]

Sumbangan kepada keluarga Allahyarham Hairuddin

KUALA LUMPUR – Walau pun ada yang sudah meninggal dunia, namun silaturrahim antara kakitangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan bekas rakan serta keluarga mereka masih utuh. Atas semangat itu pada 29 Mei lalu melalui kutipan secara sukarela, kakitangan YADIM di ibu pejabat Putrajaya, menghulurkan sedikit sumbangan kepada keluarga Allahyarham Hairuddin Mat Sari, yang pernah […]

Arab Saudi kaji permohonan Malaysia tambah kuota haji

MAKKAH – Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Muhammad Saleh Taher Benten berkata pihaknya akan membuat kajian menyeluruh berhubung permohonan Malaysia untuk menambah kuota jemaah haji tahun ini. Beliau berkata sebelum ini, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berbincang dan membuat keputusan dalam penentuan kuota haji setiap negara. “Kuota setiap negara diagihkan mengikut apa yang dibincangkan… kuota […]

Sidang Kemuncak OIC kukuhkan solidariti Islam

MAKKAH – Imam Besar Masjidil Haram, Sheikh Dr. Abdul Rahman Abdul Aziz Al-Sudais yakin Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang akan berlangsung di sini pada hari Jumaat 31 Mei ini akan mengukuhkan solidariti umat Islam. Menurut Sheikh Abdul Rahman dalam satu temu bual dengan akhbar Okaz di sini, kebijaksanaan Penjaga Dua Masjid Suci Islam, […]

Majlis berbuka puasa DMY

SEMUNGKIS – Pihak Institut Latihan Dakwah Yadim (ILDAN) telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama para pelatih Daie Muda Yadim (DMY) 2019 di sini pada 29 Mei 2019 (Rabu). Seramai 17 orang pelatih Daie Muda dari pelbagai negeri dan latar belakang bidang pengajian serta 15 orang kakitangan YADIM terlibat dalam majlis tersebut. Majlis yang bermula pada […]

Arab Saudi berusaha tambah baik pengalaman jemaah

MAKKAH – Arab Saudi terus menyemai nilai-nilai sederhana dalam Islam sambil berusaha membangunkan perkhidmatan berkualiti untuk jemaah bagi memastikan mereka dapat mengerjakan ibadah dengan lancar dan sempurna, kata Imam Besar Masjidil Haram Syeikh Abdul Rahman Abdul Aziz Al-Sudais. Abdul Rahman. yang juga Presiden Agung Hal Ehwal Dua Kota Suci berkata 140 inisiatif telah diambil ke […]

Harus mewakilkan bukan Islam agih bantuan zakat

PULAU PINANG – Mufti negeri, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor menjelaskan adalah harus untuk orang bukan Islam diwakilkan sama ada bagi menerima atau mengagihkan zakat kepada golongan asnaf berdasarkan sudut hukum fikah. Menurut beliau, perkara itu hanya yang berkaitan dengan muamalat dan ibadat maliyah seperti zakat, nazar dan kafarah. Bagaimanapun, tambahnya, bagi […]

Forum Ramadan YADIM di Mydin Mall Bukit Mertajam

BUKIT MERTAJAM – Sesuai dengan konsep turun padang yang sentiasa menjadi amalannya, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang pada 29 Mei (Rabu) telah melaksanakan program Forum Ramadan 1440 di Mydin Mall di sini. Program Sembang Dakwah dengan tajuk ‘Ramadan Menjana Peribadi Rahmah’ menampilkan Murabbi Pencetus Ummah dan Imam Muda Astro Oasis, Ustaz Dr Ahmad […]