Home » Citra Yadim » Sumbangan kepada keluarga Allahyarham Hairuddin

Sumbangan kepada keluarga Allahyarham Hairuddin

Marlina Kamaruddin bersama anak anaknya, yang menerima sumbangan daripada kakitangan YADIM.

KUALA LUMPUR – Walau pun ada yang sudah meninggal dunia, namun silaturrahim antara kakitangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan bekas rakan serta keluarga mereka masih utuh.

Atas semangat itu pada 29 Mei lalu melalui kutipan secara sukarela, kakitangan YADIM di ibu pejabat Putrajaya, menghulurkan sedikit sumbangan kepada keluarga Allahyarham Hairuddin Mat Sari, yang pernah berkhidmat dengan badan dakwah ini,  di sini.

Mewakili rakan rakan di YADIM, Puan Nur Zaharah Othman dan Nadiah Mumtaz Abdul Rahman mengunjungi keluarga Allahyarham di Batu Caves serta menyampaikan sumbangan berupa kuih muih dan duit raya.

Isteri Allahyarham,  Puan Marlina Kamaruddin merakamkan ucapan terima kasih dan selamat menyambut Aidilfitri kepada warga YADIM.

“Allhamdullillah pada yang memberi sumbangan pada keluarga saya. Serba sedikit mampu menceriakan anak anak saya pada raya tahun ini.

“Segala sumbangan amat saya hargai dan saya doakan semoga semua pekerja YADIM dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat,” ujarnya.

Allahyarham Hairuddin meninggal dunia pada 20 Januari lalu dan meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak yang masih kecil.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *