Home » Citra Yadim » Forum Ramadan YADIM di Mydin Mall Bukit Mertajam

Forum Ramadan YADIM di Mydin Mall Bukit Mertajam

Ahli Panel Program Sembang Dakwah YADIM bersama Pengarah YADIM Pulau Pinang (tengah) sewaktu program berlangsung.

BUKIT MERTAJAM – Sesuai dengan konsep turun padang yang sentiasa menjadi amalannya, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang pada 29 Mei (Rabu) telah melaksanakan program Forum Ramadan 1440 di Mydin Mall di sini.

Program Sembang Dakwah dengan tajuk ‘Ramadan Menjana Peribadi Rahmah’ menampilkan Murabbi Pencetus Ummah dan Imam Muda Astro Oasis, Ustaz Dr Ahmad Termizi, serta Pengarah Ultimate Success, yang juga penceramah jemputan Ikim.FM, Ustaz Rosmanizan Rosdi.

Penolong Pengarah YADIM Pulau Pinang Mohd Afifi Ruslan berkata, Mydin dipilih sebagai lokasi program kerana ia menjadi antara tempat tumpuan kunjungan orang ramai.

“Kami mengambil kesempatan sempena Ramadan dan kehadiran orang ramai di sini untuk mengadakan program, adanya majlis agama seperti ini dapat menarik minat orang ramai untuk menghadirinya.

“Ia juga bertepatan dengan gerak kerja YADIM yang mengamalkan konsep kerap turun padang untuk melaksanakan dakwah,” jelas beliau.

Dianggarkan seramai 150 orang menghadiri program ini yang diadakan di pentas utama pusat membeli belah itu.

Antara yang disentuh dalam sesi ceramah ialah berkaitan peluang dalam Ramadan untuk mengubah sikap negatif kepada positif. Turut ditekankan juga pendekatan rahmah itu sendri. Allah menyebut di dalam Al Quran perkataan rahmah sebanyak 300 kali. Juga hubungan bersama ahli keluarga,jiran,masyarakat di mana dengan pendekatan rahmah, dapat membina masyarakat yang harmoni dan menghormati sesama lain.

Afifi menambah, pihaknya kini sedang dalam perancangan untuk melaksanakan lebih banyak program seperti ini pada masa akan datang.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *