Home » Langit Terbuka » World #QuranHour jenama berjaya promosi budaya baca al-Quran

World #QuranHour jenama berjaya promosi budaya baca al-Quran

World #QuranHour tahun ini bertemakan Solusi Cabaran Sejagat hasil inisiatif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas. - Foto Bernama

ALOR SETAR – Program World #QuranHour yang memasuki tahun keempat diadakan secara besar-besaran boleh dilihat sebagai jenama terkenal yang berjaya mempromosikan budaya membaca al-Quran dalam kalangan umat Islam daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Malah, World #QuranHour turut menjadi asas penyatuan ummah tanpa mengambil kira perbezaan kedudukan, latar belakang, ideologi mahupun fahaman politik dan pemimpin atau pun rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) negeri, Datuk Dr. Ismail Salleh berkata, program itu berjaya mengangkat budaya tadarus al-Quran dengan kesungguhan menjadikan ia sebagai acara tahunan.

“Walaupun hanya sejam yang diluangkan bagi menjayakan program itu, ia tetap memberi makna kerana alunan ayat suci yang dibaca atau didengari memiliki kuasa untuk menundukkan hati yang keras.

“Selain itu, World #QuranHour juga secara tidak langsung menggambarkan semangat kita untuk bersama-sama menyebarkan syiar Islam,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Terdahulu Dr. Ismail bersama-sama Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam negeri, Shahizan Affandi Zakaria menyertai kira-kira 250 orang peserta membaca surah al-Kahfi sempena World #QuranHour di Masjid Zahir, di sini.

World #QuranHour pada tahun ini bertemakan Solusi Cabaran Sejagat hasil inisiatif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) bagi membentuk landasan solidariti ummah seluruh dunia untuk berada di bawah naungan al-Quran.

Program tahun ini juga adalah pertama kali diadakan secara serentak bersama perpustakaan awam negeri di seluruh negara yang antara lain bertujuan menggalakan orang ramai berinteraksi dengan al-Quran melalui konsep baca, faham dan amal.

Dalam program sama, Perbadanan Perpustakaan Awam negeri turut menampilkan empat penulis buku Siri Bercakap Dengan Cermin bagi menjayakan segmen bicara buku. – Utusan Malaysia

 

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *