Penubuhan Jabatan Pendidikan Islam Melaka dimuktamad tahun ini

MELAKA – Kerajaan negeri berharap penubuhan Jabatan Pendidikan Islam yang masih dalam proses perbincangan dapat dimuktamad dan direalisasikan tahun ini. Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, kelewatan pembangunan jabatan yang sebelum ini dijadualkan dapat ditubuhkan Mac lalu terpaksa ditunda atas beberapa faktor termasuk melibatkan isu perlembagaan. Menurutnya, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagaimanapun sedang membuat perbincangan […]

Kumpulan pertama jemaah haji berangkat 4 Julai

PUTRAJAYA – Kumpulan pertama jemaah haji akan berangkat ke tanah suci pada 4 Julai ini, kata Pengurus Besar Kanan Haji merangkap Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman. Beliau berkata, penerbangan jemaah haji tahun ini menggunakan Malaysia Airlines (MAS) dan syarikat penerbangan Saudi, Flynas. Beliau berkata, sebanyak 30,200 jemaah haji termasuk […]

Hindari fitnah demi perpaduan, pesan Mufti Selangor

SHAH ALAM- Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid menasihati umat Islam supaya menghindari fitnah demi perpaduan ummah. Beliau menegaskan umat Islam dilarang menabur fitnah atau menyebarkannya kerana dosa itu tidak mendapat pengampunan ALLAH selagi ia tidak diselesaikan sesama manusia. Dalam satu kenyataan sebanyak tiga muka surat dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Selangor hari ini, Tamyes […]

‘Kahwin sesama jenis… bolehkah dapat anak?’ – Tun Mahathir

LONDON – Malaysia tidak mungkin akan membenarkan perkahwinan sesama jenis seperti yang dilakukan oleh negara-negara lain termasuk Taiwan baru-baru ini. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ini kerana perkahwinan sesama jenis tidak mampu melahirkan zuriat seperti perkahwinan di antara lelaki dan perempuan. “Saya tak faham perkahwinan sesama jenis ini. Perkahwinan ialah tentang anak. Kalau […]

Arab Saudi keluarkan 7.6 juta visa umrah

MEKAH – Arab Saudi mengeluarkan sebanyak 7.65 juta visa umrah sejak awal Oktober lalu hingga 13 Jun ini. Menurut Kementerian Haji dan Umrah, sebanyak 7.39 juta jemaah sudah tiba di negara ini dan 6.8 juta lagi sudah pulang ke tanah air masing-masing selepas selesai menunaikan ibadah tersebut. Kementerian itu juga menjelaskan bahawa sebanyak 504,809 jemaah […]