Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, kelewatan pembangunan jabatan yang sebelum ini dijadualkan dapat ditubuhkan Mac lalu terpaksa ditunda atas beberapa faktor termasuk melibatkan isu perlembagaan.

Menurutnya, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagaimanapun sedang membuat perbincangan secara lebih menyeluruh daripada segi pelaksanaan dan peranan jabatan tersebut.

“Perbincangan masih dibuat hasil daripada keputusan perbincangan MAIM itu akan ada mekanismanya dan bagaimana kita dapat melaksanakan hasrat tersebut.

“Kita akan cuba memuktamadkannya tahun ini termasuk pelan tindakan juga dimuktamadkan tahun ini. Apa pun dari segi pelaksanaanya banyak bergantung kepada proses yang telah kita rancang itu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di Masjid Al-Azim, Bukit Palah di sini hari ini (17 Jun).

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Hasim Hasan; Pengarah JAIM, Md. Azhan Samat dan Setiausaha MAIM, Azman Aziz. – Utusan Malaysia