Elak berbual kosong, main gajet di Tanah Suci 

SEREMBAN – Bakal haji diingatkan supaya mengelak perkara tidak bermanfaat seperti berbual kosong, membeli-belah dan bermain gajet semasa berada di Tanah Suci. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, sebaliknya mereka perlu memberi tumpuan kepada ibadat kerana peluang untuk mengerjakan haji sukar diperoleh. “Haji adalah perjalanan rohani yang memerlukan kekuatan fizikal, emosi dan ilmu pengetahuan […]

Kerajaan kuat kuasa larangan merokok di premis makan 1 Jan depan

IPOH – Tiada lagi penangguhan tindakan saman ke atas individu yang merokok di premis makanan selepas 1 Januari tahun hadapan. Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye menegaskan aktiviti penguatkuasaan pendidikan larangan merokok di premis makanan yang dilanjutkan sehingga Disember ini wajar dimanfaatkan oleh perokok. “Gunakan peluang ini untuk mengurangkan merokok atau berhenti. Kalau tidak […]

Malaysia sertai negara lain elak guna ruang udara konflik

QATAR – Malaysia Airlines Berhad (MAB) menjadi antara syarikat penerbangan dunia yang mengelak daripada menggunakan ruang udara dikawal Iran – Selat Hormuz dan Teluk Oman – selepas Agensi Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) mengeluarkan nota amaran, kelmarin. Beberapa syarikat dilaporkan sudah menyusun semula jadual perjalanan, dan sesetengahnya menggantung penerbangan yang sebelum ini menggunakan ruang udara […]

Polis siasat perbuatan khianat rosakkan batu nisan

MELAKA – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung perbuatan khianat merosakkan beberapa batu nisan di Tanah Perkuburan Islam As-Syakirin, Bachang. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Melaka, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris meminta semua pihak bertenang dan tidak menularkan gambar serta video kejadian itu bagi membolehkan pihak polis melakukan siasatan terhadap kejadian tersebut. “Kita dalam proses […]

Institusi zakat disaran turun padang dekati asnaf

KUALA LUMPUR – Institusi zakat disaran turun padang bagi mendekati dan mencari golongan asnaf di seluruh negara dalam usaha menyampaikan bantuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa. Beliau berkata, golongan itu seharusnya dijejaki supaya mendapat bantuan zakat yang sememangnya hak mereka. “Bila kata hak, tidak boleh tunggu mereka minta, […]