Home » Langit Terbuka » Kerajaan kuat kuasa larangan merokok di premis makan 1 Jan depan

Kerajaan kuat kuasa larangan merokok di premis makan 1 Jan depan

Timbalan Menteri Kesihatan berkata, perokok perlu menghormati hak individu yang tidak merokok. - Foto FMT

IPOH – Tiada lagi penangguhan tindakan saman ke atas individu yang merokok di premis makanan selepas 1 Januari tahun hadapan.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye menegaskan aktiviti penguatkuasaan pendidikan larangan merokok di premis makanan yang dilanjutkan sehingga Disember ini wajar dimanfaatkan oleh perokok.

“Gunakan peluang ini untuk mengurangkan merokok atau berhenti. Kalau tidak dapat, harap ubah sikap supaya tidak merokok di tempat orang ramai.

“Saya ikrar 1 Januari 2020 kita akan terus saman jika masih ada yang tidak patuh kepada arahan ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Syawal di Sekolah Agama Rakyat At-Tolibiah, Kampung Changkat Larang, Lahad dekat sini, semalam.

Lee yang juga ahli Parlimen Gopeng mengulas pihak yang kembali merokok di premis makanan susulan tindakan kerajaan menangguhkan penguatkuasaan saman.

Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad pada 25 April lepas mengumumkan tempoh aktiviti penguatkuasaan pendidikan di tempat makan yang diwartakan sebagai kawasan larangan merokok dilanjutkan selama 6 bulan lagi sehingga Disember ini.

Tempoh 6 bulan sebelum ini ditetapkan berakhir pada bulan hadapan selepas pewartaan tempat makan sebagai kawasan larangan merokok bermula pada 1 Jan lepas.

Mengakui usaha mendidik masyarakat untuk mengurangkan atau berhenti merokok bukan sesuatu yang mudah, Lee berkata, golongan berkenaan perlu menghormati hak individu yang tidak merokok. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *