Mesyuarat Persidangan Antarabangsa Dakwah & Keamanan Global 2019

PUTRAJAYA – Satu mesyuarat Jawatankuasa Induk Kali Ke 2, Program Persidangan Antarabangsa Dakwah & Keamanan  Global 2019 telah diadakan di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini pada 2 Julai 2019. Dipengerusikan oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz, ia turut dihadiri oleh nama nama besar lapangan dakwah negara seperti […]

Sultan Nazrin kurnia biasiswa kepada 10 pelajar

KUALA LUMPUR – Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah hari ini (3 Julai) berkenan mengurniakan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2019 kepada 10 penuntut institusi pengajian tinggi di Istana Negara di sini. Kesemua penerima biasiswa itu dipilih oleh Jawatankuasa BYDPA untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang ekonomi […]

Semua masjid disaran anjurkan solat hajat doakan keselamatan penduduk di Pasir Gudang

JOHOR BAHRU – Semua masjid di Johor disaran mengadakan solat hajat malam esok (4 Julai) secara serentak bagi mendoakan keselamatan penduduk di Pasir Gudang yang terjejas berikutan insiden gangguan kesihatan yang dialami pelajar dan guru di beberapa sekolah di Pasir Gudang sejak 20 Jun lepas. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar […]

Kunjungan ke Universiti Multimedia

CYBERJAYA – Sesuai dengan hasrat untuk mempelbagaikan sudut perspektif dakwah, satu delegasi kakitangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan lawatan ke Universiti Multimedia (MMU) di sini pada 3 Julai 2019. Delegasi seramai 21 orang ini, yang diketuai Timbalan Yang Dipertuanya, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin, telah mengadakan kunjungan ke Fakulti Multimedia Kreatif (FCM) MMU […]