Hampir 10,000 jemaah Malaysia di tanah suci

MEKAH – Sebanyak 9,363 atau 31 peratus daripada jumlah keseluruhan jemaah Malaysia telah tiba di tanah suci Madinah dan Mekah bagi menunaikan ibadat haji tahun ini. Selepas penerbangan pertama KT1 tiba di Madinah pada 4 Julai lepas, setiap hari dua penerbangan membawa jemaah haji bertolak dari Malaysia menggunakan pesawat Malaysia Airlines dan Flynas Arab Saudi. […]

Sambutan luar biasa Seminar Pendidikan Awal Kanak Kanak

KUALA TERRENGGANU – Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) di sini pada 13 Julai mendapat sambutan luar biasa. Seramai 750 orang peserta yang terdiri daripada pengusaha dan guru tadika swasta,serta guru tadika milik kerajaan negeri, memenuhi Dewan al Muktafi Billah Syah tempat programm dijalankan di […]

Jangan kelirukan umat Islam

PARIT BUNTAR – Syarikat pengeluar minuman keras di negara ini diminta tidak mengelirukan pengguna terutama umat Islam dengan mengeluarkan produk minuman atau arak tanpa alkohol. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof menegaskan pengeluaran produk sedemikian bukan sahaja mengelirukan umat Islam, malah ia satu tindakan tidak baik. “Menggunakan nama arak tanpa alkohol amat […]

Kekal hubungan erat Malaysia, Arab Saudi

MADINAH – Hubungan erat antara Malaysia dan Arab Saudi yang terjalin diharap dapat dikekalkan bagi meneruskan kesejahteraan kedua-dua negara, titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah. Seri Paduka bertitah, keakraban antara kedua-duanya sejak sekian lama terbukti dengan kerjasama yang dijalin dan dikembangkan dalam pelbagai bidang yang memberi keuntungan kepada kedua-dua negara. “Kehadiran saya […]

Usaha serap guru Kafa ke jawatan tetap di tahap akhir, kata Fuziah

KUANTAN – Usaha menyerap guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) ke skim jawatan tetap kini di peringkat akhir, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh. Katanya, kertas kerja cadangan itu sudah disiapkan dan pihaknya dalam usaha mendapatkan maklum balas, selain berunding dengan pihak berkepentingan dalam isu itu. “Rundingan melibatkan aspek pelaksanaan dan […]