Home » Citra Yadim » Sambutan luar biasa Seminar Pendidikan Awal Kanak Kanak

Sambutan luar biasa Seminar Pendidikan Awal Kanak Kanak

KUALA TERRENGGANU – Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) di sini pada 13 Julai mendapat sambutan luar biasa.

Seramai 750 orang peserta yang terdiri daripada pengusaha dan guru tadika swasta,serta guru tadika milik kerajaan negeri, memenuhi Dewan al Muktafi Billah Syah tempat programm dijalankan di universiti berkenaan.

Wakil Persatuan Pendidik Taska Swasta Negeri Terengganu berpendapat, penganjuran program ini amat signifikan sekali kerana ia memberi peluang dan pendedahan yang amat jarang sekali didapati oleh para pesertanya, khususnya dalam bidang pendidikan awal kanak kanak.

Program bermula jam 8.30 pagi dengan  sesi ceramah yang disampaikan oleh Dr. Maimunah Ropar, Ketua Kluster Pendidikan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) Terengganu.

Ia kemudiannya diteruskan dengan sesi forum yang menampilkan Toh Puan Prof. Dr. Nizaita binti , dari Pusat Pengajian Teras (PPT) UniSZA dan Ketua Kluster Hak Asasi Undang-undang MAIM Terengganu, Salehuddin Harun.

Ketua Kluster Sosial MAIM Terengganu, Hilmi Mohd Noor bertindak selaku moderator bagi forum ini.

Bagi sesi perasmian, ia dimulakan dengan tayangan video korporat YADIM sebelum Pengerusi MAIM Terengganu, YBhg. Dato’ Dr. Haji Abd Rashid bin Che Ali menyampaikan ucapan aluannya.

Majlis perasmian penutup program telah disempurnakan oleh Pengarah YADIM Terengganu, Mahadi Awang yang mewakili Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz.

Program ini merupakan anjuran bersama YADIM, MAIM Terengganu, Persatuan Pendidik Taska Swasta Negeri Terengganu, PPT UniSZA, Dewan Wanita Majlis Dakwah Negara, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia serta Persatuan Cina Muslim Malaysia Terengganu.

 

 

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *