Ahli NGO, rakan strategik meriahkan Hari Terbuka YADIM

PUTRAJAYA – Hari Terbuka Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini (27 November) yang julung kali diadakan menerima sambutan meriah dengan orang awam, rakan strategik dan ahli ahli badan bukan kerajaan (NGO) mengunjunginya sejak awal pagi. Selaku badan yang menyelaras NGO Islam di negara ini, maka sudah tentu ia menjadi tumpuan mereka yang tidak melepaskan […]

YB Fuziah lancar SAR Putrajaya

PUTRAJAYA – Pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Putrajaya hari ini secara rasminya dilancarkan dalam satu majlis sempena Hari Terbuka Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini. Pelancaran pasukan sukarelawan tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Fuziah Salleh sambil disaksikan oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab […]

Blueprint Sosio-ekonomi Rahmah, fokus basmi kemiskinan

PUTRAJAYA – Blueprint Sosio-ekonomi Rahmah yang bertujuan mencipta model bagi membasmi kemiskinan dalam negara sedang dibangunkan di bawah blueprint Dasar Negara Rahmah. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Fuziah Salleh berkata, pembangunan sosio-ekonomi tersebut merupakan salah satu kluster utama yang sedang dirangka untuk dikembangkan sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mengakhiri kemiskinan. “Kalau kita lihat, […]

Agong kurnia sumbangan zakat, biasiswa kepada asnaf di Labuan

LABUAN – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengurniakan sumbangan zakat kepada golongan asnaf di sini malam tadi (26 November). Sumbangan itu berbentuk bantuan peralatan persekolahan bagi sesi pembelajaran tahun 2020 dan bantuan am pelajaran institusi pengajian tinggi yang dikurnia Seri […]

Sekolah pondok akan dijadikan produk pelancongan baharu

GEORGE TOWN – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sedang merangka pelbagai inisiatif dan strategi untuk menjadikan sekolah-sekolah pondok sebagai sebuah produk pelancongan baharu negara. Menterinya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata sekolah pondok yang terpilih akan dijadikan produk pelancongan pendidikan selain mengiktiraf premis penginapan pelancongan mesra Muslim bagi memperkasakan industri pelancongan Islam. “Kementerian dengan kerjasama Pusat Pelancongan […]