Home » Citra Yadim » YB Fuziah lancar SAR Putrajaya

YB Fuziah lancar SAR Putrajaya

PUTRAJAYA – Pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Putrajaya hari ini secara rasminya dilancarkan dalam satu majlis sempena Hari Terbuka Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini.

Pelancaran pasukan sukarelawan tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Fuziah Salleh sambil disaksikan oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz, Timbalan beliau, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin serta Ahli Lembaga Pemegang Amanah badan dakwah ini.

Hadir sama ke acara pelancaran SAR Putrajaya ialah rakan strategik, ahli ahli badan bukan kerajaan serta barisan kepimpinan YADIM, pegawai dan kakitangannya.

Dalam pada itu sebagai gimik pelancaran, Fuziah telah memakaikan vest pasukan SAR Putrajaya kepada wakilnya, Izhar Jumali serta menyerahkan watikah penubuhan kepada beliau.

SAR Putrajaya merupakan pasukan ke 45 yang ditubuhkan di seluruh negara dan setakat ini mempunyai 10 orang ahli jawatankuasa sebagai permulaan penubuhan.

Pasukan ini memfokuskan kepada kerja kerja khidmat komuniti yang dijalankan secara sukarela di seluruh negara.

Ia juga sering terlibat dalam membantu mangsa mangsa bencana alam serta kerja kebajikan yang dilakukannya tanpa mengira latar belakang komuniti berkenaan, selaras dengan Hasrat YADIM yang mahu menyebar dan menunjukkan bahawa Islam itu membawa rahmat ke seluruh alam.

Difahamkan, Bahagian Khidmat Bakti (Sukarelawan YADIM) YADIM, yang bertanggungjawab ke atas SAR, selepas ini memfokuskan untuk menambah lagi keahlian pasukan tersebut di sini.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *