Jalinan kerjasama ekonomi YADIM – DPIM

PUTRAJAYA – Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) bersedia membantu dan menawarkan kepakarannya dalam bidang perniagaan dan keusahawanan bagi membantu YADIM meningkatkan jumlah dana badan dakwah ini. Pengerusi DPIM Mohamad Sahar Mat Din berkata, antara yang menjadi keutamaan pihaknya ialah melaksanakan jihad ekonomi bagi membantu pihak atau agensi berkaitan memperkukuhkan kedudukan kewangan dan ekonomi masing masing. […]

Penganggur didenda RM5,000 hina Nabi Muhammad

KUALA LUMPUR – Akibat memuat naik hantaran jelik bersifat menghina Nabi Muhammad, seorang penganggur didenda RM5,000 atau penjara 3 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini (12 Disember). Hakim M.M Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Zahrein Zakariah, 37, selepas dia mengaku bersalah atas perbuatan yang dilakukan melalui akaun Facebook miliknya. Mengikut pertuduhan, […]

SAR Membakut hulur bantuan mangsa banjir

BEAUFORT – Pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) terus giat melaksanakan gerak kerja dakwah dan kebajikannya di seluruh negara. Terbaharu, prihatin dengan nasib mangsa mangsa banjir di sini, Pasukan SAR Membakut pada 11 Disember telah menyantuni mereka di Pusat Penempatan Mangsa Banjir Kampung Slagon di sini. Bantuan berbentuk makanan dan minuman itu disampaikan oleh Penolong Pengarah […]

Penyampaian Hadiah Pertandingan Perarakan Maulidur Rasul 1441H

PUTRAJAYA – Satu majlis ringkas telah diadakan di ibu pejabat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)  di sini pada 11 Disember bagi meraikan para pemenang Pertandingan Perarakan Kontinjen Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1441H baru baru ini. Mewakili Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada majlis ini ialah Ketua Sektor Pembangunan Ummah dan Wanitanya, Ustaz Muhammad […]

LZNK sasar kutipan zakat RM225 juta tahun ini

ALOR SETAR — Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menyasarkan kutipan zakat di Kedah, tahun ini mencecah sehingga RM225 juta. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syeikh Zakaria Othman berkata sasaran itu berdasarkan trend kepercayaan orang ramai terhadap institusi itu yang semakin meningkat selepas langkah transformasi pengurusan yang dilakukan sejak tiga tahun lepas. “Saya menjangkakan kutipan zakat tahun ini […]

Sumbangan untuk Kompleks Pengajian Tahfiz Ahmadiah

BEDONG – Kompleks Pengajian Tahfiz Ahmadiah pada 11 Disember telah menerima sumbangan untuk pelajarnya daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah. Seramai 25 pelajar anak yatim di pusat tahfiz tersebut telah disantuni menerusi pemberian alat tulis dan makanan yang disampaikan oleh Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin. Penyampaian sumbangan ini adalah sempena […]