Home » Citra Yadim » SAR Membakut hulur bantuan mangsa banjir

SAR Membakut hulur bantuan mangsa banjir

BEAUFORT – Pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) terus giat melaksanakan gerak kerja dakwah dan kebajikannya di seluruh negara.

Terbaharu, prihatin dengan nasib mangsa mangsa banjir di sini, Pasukan SAR Membakut pada 11 Disember telah menyantuni mereka di Pusat Penempatan Mangsa Banjir Kampung Slagon di sini.

Bantuan berbentuk makanan dan minuman itu disampaikan oleh Penolong Pengarah YADIM Sabah, Ramlee Daud. Hadir sama ialah Pengerusi SAR Membakut, Norhasan Ismail, kakitangan serta Daie YADIM Sabah.

Sumbangan disampaikan tanpa mengira latar belakang mangsa, dengan tujuan menunjukkan bahawa Islam itu membawa rahmat untuk semua, selari gagasan Rahmatan Lil Alamin yang dibawa kerajaan ketika ini.

Kakitangan YADIM Sabah yang terlibat turut beramah mesra dengan mangsa mangsa banjir yang ditempatkan di penempatan tersebut.

Sehingga 11 Disember, seramai 420 orang ditempatkan di Pusat Penempatan Mangsa Banjir Kampung Slagon. Mereka merupakan penduduk yang dipindahkan dari dua daerah iaitu Beaufort dan Membakut.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *