Home » Citra Yadim » Jalinan kerjasama ekonomi YADIM – DPIM

Jalinan kerjasama ekonomi YADIM – DPIM

PUTRAJAYA – Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) bersedia membantu dan menawarkan kepakarannya dalam bidang perniagaan dan keusahawanan bagi membantu YADIM meningkatkan jumlah dana badan dakwah ini.

Pengerusi DPIM Mohamad Sahar Mat Din berkata, antara yang menjadi keutamaan pihaknya ialah melaksanakan jihad ekonomi bagi membantu pihak atau agensi berkaitan memperkukuhkan kedudukan kewangan dan ekonomi masing masing.

Keadaaan ini jelas beliau amat penting bagi semua jenis entiti baik milik kerajaan mahupun swasta, lebih lebih lagi yang mempunyai tanggungjawab terhadap masyarakat seperti YADIM.

“Semua agensi dan badan berdepan dengan masalah yang sama, iaitu kekurangan dana, malah sebenarnya dana memang tidak pernah cukup.

“Jadi bagaimana kita mahu selesaikan masalah ini, salah satu cara paling berkesan ialah menerusi projek projek ekonomi, dengan terlaksananya pelan perniagaan sesebuah organisasi, maka usaha dakwah boleh disusun dan menyusul selepas itu,”katanya dalam kunjungan DPIM ke ibu pejabat YADIM di sini pada 12 Disember.

Hadir sama ialah Timbalan Presiden DPIM, Dato’ Sri Muhamad Khanafi Husin dan Setiausaha Eksekutif, Adli Harith Mahyuddin.

YADIM pula diwakili oleh Yang Dipertuanya, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita, Muhammad Hafiz Musa dan Pengarah Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik, Mohd Fitri Aziz Mohd Yusof.

Mengulas lanjut DPIM juga kata Muhammad Sahar, sudi melatih dan menjadi rakan fasilitator kepada YADIM sekiranya badan ini memerlukan latihan atau terlibat dengan sebarang projek ekonomi.

“Malah jika YADIM memiliki entiti korporat sendiri, mereka boleh ambil model perniagaan kami untuk disesuaikan dengan kehendak dan keperluan YADIM, “ujar Mohamad Sahar.

DPIM katanya juga akan turut memberikan cadangan cadangan perniagaan yang sesuai dengan YADIM dari masa ke semasa.

Nik Omar dalam reaksinya menyambut baik cadangan DPIM dan menyatakan perlembagaan YADIM sememangnya tidak menghalang badan ini daripada menceburi bidang perniagaan bagi menjana dana untuk berdakwah.

Tambah Nik Omar, YADIM juga tidak boleh selamanya berterusan bergantung kepada dana kerajaan semata mata untuk gerak kerja dakwahnya.

“Kita ada pelbagai rancangan untuk masa depan badan dakwah ini, untuk miliki kompleks sendiri, menceburi bidang pendidikan dan sebagainya, semua ini perlukan dana yang kukuh, sekiranya DPIM boleh bantu ia sangat dialu alukan,” ujarnya.

DPIM yang ditubuhkan pada tahun 1993, merupakan sebuah organisasi yang mempunyai fokus bagi menyatu padukan peniaga dan pengusaha Muslim untuk kepentingan serta faedah ekonomi Islam.

Ia juga bernaung di bawah Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) – YADIM.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *