Agong titah rakyat lebih bersatu pada 2020

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar rakyat Malaysia lebih bersatu dan bekerjasama demi keharmonian, kesejahteraan dan kedaulatan negara tercinta sempena Tahun Baru 2020. Titah Seri Paduka lagi, tahun baharu harus disambut dengan membuang jauh segala prasangka dalam kalangan rakyat demi kepentingan perpaduan, keharmonian serta semangat cintakan negara. […]

Menanti 2020 dengan debaran

Semua rakyat Malaysia menanti 2020 sebagai tahun keramat pencapaian kepada satu visi negara yang diperkenalkan sejak awal 90an. Visi 2020 adalah gambaran kepada sebuah masyarakat yang akan dikenali sebagai Bangsa Malaysia. Visi ini menjadikan masyarakat majmuk kepada sebuah masyarakat yang merangkul kepelbagaian dengan mengasaskan apa yang disifatkan sebagai masyarakat liberal ke arah keterbukaan dan hormat […]

Teruskan usaha jayakan pembentukan Malaysia Baharu

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meneruskan usaha menjayakan pembentukan Malaysia Baharu pada 2020, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail. Dengan mengakui 2019 adalah tahun penuh cabaran bagi kerajaan Pakatan Harapan melalui fasa pentadbiran, Timbalan Perdana Menteri mahu semua pihak meneruskan pelbagai usaha positif bagi menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. “Untuk tahun 2020, […]

Abim tolak pelawaan China lawat Xinjiang

PETALING JAYA – Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menolak pelawaan kerajaan China terhadap pengkritik dasarnya di Xinjiang supaya melawat ke wilayah itu. Jemputan itu dibuat susulan beberapa perhimpunan yang diadakan di luar kedutaan China di Kuala Lumpur, yang menyaksikan pegawainya enggan menerima memorandum yang membantah pelanggaran hak asasi manusia yang mensasarkan umat Islam di Xinjiang […]