Home » Langit Terbuka » Teruskan usaha jayakan pembentukan Malaysia Baharu

Teruskan usaha jayakan pembentukan Malaysia Baharu

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail. - Foto The Sun

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meneruskan usaha menjayakan pembentukan Malaysia Baharu pada 2020, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Dengan mengakui 2019 adalah tahun penuh cabaran bagi kerajaan Pakatan Harapan melalui fasa pentadbiran, Timbalan Perdana Menteri mahu semua pihak meneruskan pelbagai usaha positif bagi menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

“Untuk tahun 2020, marilah kita menumpukan kepada usaha yang positif kepada rakyat,” katanya dalam perutusan Tahun Baharu 2020 oada 31 Disember.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat itu turut menyebut beberapa inisiatif yang disediakan kepada rakyat pada tahun 2020.

Antaranya, pasangan yang tidak memiliki cahaya mata boleh mengeluarkan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) untuk rawatan kesuburan in-vitro (IVF) sehingga RM10,000.

“Pada tahun 2020 juga, seorang suami yang penyayang dapat menunjukkan penghargaan kepada isteri dengan menyumbang caruman dua peratus KWSP daripada akaun suami ke akaun isteri,” katanya.

Selain itu, kerajaan akan memperuntukkan dana berjumlah RM10 juta untuk pembangunan atlet wanita pada tahun 2020.

Kerajaan juga akan memperkenal strategi keselamatan siber kebangsaan untuk pengurusan keselamatan siber dan jenayah siber demi perlindungan rakyat.

Wanita berusia antara 30 hingga 50 tahun yang berhenti bekerja selama setahun atau lebih dan yang kembali bekerja, akan diberi insentif gaji selama dua tahun sebanyak RM500 sebulan.

Majikan pula akan diberi insentif pengambilan pekerja sebanyak RM300 sebulan dalam tempoh yang sama.

“Ini adalah antara langkah kerajaan yang dapat dinikmati rakyat Malaysia pada tahun 2020,” katanya. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *