Perlis benar solat Jumaat bersyarat mulai 15 Mei

KANGAR – Kerajaan Perlis memberi kebenaran untuk menunaikan solat Jumaat bersyarat mulai 15 Mei ini sebagai permulaan bagi membolehkan ‘Syiar Jumaat’ dihidupkan kembali di negeri itu. Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ketika mengumumkan perkara itu dalam kenyataan hari ini (8 Mei) menjelaskan, keputusan itu dibuat selepas mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku […]

Ismail Kamus permata di zamannya

Pendakwah terkenal, Allahyarham Datuk Ismail Kamus disifatkan sebagai tokoh pendakwah terkenal dan permata yang begitu penting di zamannya. Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, kehilangan Ismail sedikit sebanyak meninggalkan kesan kepada beliau berikutan Allahyarham pernah menjemputnya ke satu majlis tujuh tahun lalu. Katanya, meskipun Ismail ketika itu tidak sihat, namun Allahyarham tetap […]

JAKIM anjur Pertandingan Video Kreatif Nuzul Al-Quran

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menganjurkan Pertandingan Video Kreatif sempena Nuzul al-Quran tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Paimuzi Yahya berkata pertandingan itu bermula 7 Mei 2020 atau bersamaan 14 Ramadan 1441H hingga 15 Mei 2020 bersamaan 22 Ramadan 1441H. Katanya, pertandingan itu diadakan sebagai salah satu pengisian […]

SOP Solat Jumaat dibawa ke Muzakarah MKI hari ini, negeri putuskan pelaksanaan

KUALA LUMPUR – Garis Panduan Solat Jumaat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dibentangkan di Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata garis panduan itu disediakan bagi penelitian Ashabus Samahah Mufti-Mufti […]

Sumbangan untuk mangsa kebakaran Kampung Rosob

PITAS – Satu kejadian kebakaran pada 29 April lalu di Kampung Rosob di sini, mengakibatkan 28 mangsa dari tujuh buah keluarga kehilangan tempat tinggal. Prihatin dengan nasib mereka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah dengan kerjasama Yayasan Taqwa (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) telah tampil menyampaikan sedikit sumbangan kepada mangsa pada 8 Mei. Pada majlis […]

Sumbangan Musa’adah Covid 19 YADIM-YaPEIM Kelantan

TOK BALI – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Kelantan pada 7 Mei telah bekerjasama menyantuni golongan yang terkesan dengan Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan di sini. Sebanyak 10 keluarga di sini dan Selising disantuni kedua agensi dakwah ini dalam satu program bersama. Mereka terdiri daripada asnaf, golongan Orang […]

Datuk Ismail Kamus meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Datuk Ismail Kamus meninggal dunia kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi. Perkara itu disahkan menerusi Facebook rasmi pendakwah berkenaan. “Duka cita dimaklumkan Tuan Guru Datuk Ismail Kamus meninggal dunia sebentar tadi. Al-Fatihah,” menurut kenyataan di Facebook itu. Sementara itu, laman Facebook Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia dibanjiri ucapan takziah daripada […]

Tiada program sambutan Nuzul Al-Quran peringkat negeri

SEREMBAN -Tiada sebarang program sambutan yang dirancang di peringkat negeri sempena Nuzul al-Quran, Ahad ini. Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad, ketika dihubungi Bernama, berkata ia bagi mematuhi penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKBP) yang dilaksanakan kerajaan bagi membendung penularan wabak COVID-19. Bagaimanapun, beliau berkata, umat Islam masih boleh menghayati peristiwa Nuzul al-Quran melalui […]