Home » Citra Yadim » Sumbangan untuk mangsa kebakaran Kampung Rosob

Sumbangan untuk mangsa kebakaran Kampung Rosob

PITAS – Satu kejadian kebakaran pada 29 April lalu di Kampung Rosob di sini, mengakibatkan 28 mangsa dari tujuh buah keluarga kehilangan tempat tinggal.

Prihatin dengan nasib mereka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah dengan kerjasama Yayasan Taqwa (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) telah tampil menyampaikan sedikit sumbangan kepada mangsa pada 8 Mei.

Pada majlis ringkas tersebut, sumbangan daripada Yayasan Taqwa telah disampaikan kepada tujuh keluarga mangsa kebakaran, manakala YADIM telah menghulurkan sumbangan kepada seorang penuntut Universiti Malaysia Sabah yang kediaman keluarganya turut terjejas.

Majlis ini turut dihadiri oleh Mohamad Tassan, wakil kepada Ahli Parlimen Kudat, Yang Berhormat Datuk Abd Rahim Bakri, Pegawai Daerah Pitas, Bakri Nanun dan Pegawai Tadbir Agama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Pitas, Kamal Sindong.

Dalam kejadian kira kira jam 6.30 pagi itu, tiga rumah musnah sepenuhya akibat kebakaran tersebut. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *