Jangan ziarah kubur Aidilfitri ini

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihati orang ramai supaya tidak melakukan aktiviti kunjung-mengunjung dan menziarahi kubur pada Aidilfitri tahun ini. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM tidak akan mengeluarkan dasar atau prosedur operasi standard (SOP) tambahan menjelang Aidilfitri ini. Katanya, sambutan hari raya tahun ini perlu dibuat di luar kelaziman […]

Kedah benarkan solat Jumaat dengan 12 jemaah

ALOR SETAR- Semua masjid di negeri ini boleh menganjurkan solat Jumaat sepanjang perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) berkuat kuasa 22 Mei ini, selain solat sunat Aidilfitri pada 1 Syawal nanti. Mufti Kedah, Syeikh Fadzil Awang bagaimanapun menjelaskan kebenaran itu yang diluluskan Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah terhad kepada 12 jemaah di masjid saja. “Bilangan 12 jemaah […]

YADIM Kedah santuni Sekolah Agama Zubaidah

MERBOK – Inisiatif turun padang membantu rakyat yang terkesan dengan musibah Covid-19 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 18 Mei diadakan di Parlimen ini. Lokasi pertama program ialah di Sekolah Agama Zubaidiah dengan 20 pek disampaikan kepada guru dan pekerja am. Para penerima amat memerlukan sumbangan memandangkan sekolah bergantung kepada bayaran bulanan daripada pelajar. […]

Mesir tambah waktu perintah berkurung sepanjang Aidilfitri

KAHERAH – Mesir akan menambah empat jam lagi untuk tempoh berkurung bermula jam 5 petang dan semua pengangkutan awam digantung berkuatkuasa 24 Mei ini selama enam hari semasa perayaan Aidilfitri. Kedai-kedai, restoran, taman-taman dan pantai akan ditutup untuk cuti panjang pada akhir bulan Ramadan dan larangan pergerakan warga dikekalkan sekurang-kurangnya dua minggu selepas itu, kata […]