Home » Langit Terbuka » Kedah benarkan solat Jumaat dengan 12 jemaah

Kedah benarkan solat Jumaat dengan 12 jemaah

Contoh pelaksanaan solat jemaah yang dibenarkan semasa PKP. - Foto hiasan NSTP

ALOR SETAR- Semua masjid di negeri ini boleh menganjurkan solat Jumaat sepanjang perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) berkuat kuasa 22 Mei ini, selain solat sunat Aidilfitri pada 1 Syawal nanti.

Mufti Kedah, Syeikh Fadzil Awang bagaimanapun menjelaskan kebenaran itu yang diluluskan Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah terhad kepada 12 jemaah di masjid saja.

“Bilangan 12 jemaah yang dibenarkan itu adalah wajar bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) dipatuhi dan terkawal.

“Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah tentunya akan memastikan jarak sosial 1m antara jemaah dipatuhi. Selain itu kita minta jemaah mengambil wuduk di rumah dan membawa sejadah sendiri,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata, khutbah Jumaat juga akan dipendekkan dan waktu sebelum serta selepas solat dihadkan sebelum pintu pagar masjid ditutup.

“SOP mengenai ketetapan ini akan dikeluarkan kepada 576 masjid di seluruh negeri tidak lama lagi.”

Syeikh Fadzil berharap kebenaran itu akan memberi sedikit kelegaan kepada umat Islam selepas 7 minggu tiada solat Jumaat. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *