Home » Citra Yadim » YADIM Kedah santuni Sekolah Agama Zubaidah

YADIM Kedah santuni Sekolah Agama Zubaidah

MERBOK – Inisiatif turun padang membantu rakyat yang terkesan dengan musibah Covid-19 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 18 Mei diadakan di Parlimen ini.

Lokasi pertama program ialah di Sekolah Agama Zubaidiah dengan 20 pek disampaikan kepada guru dan pekerja am.

Para penerima amat memerlukan sumbangan memandangkan sekolah bergantung kepada bayaran bulanan daripada pelajar. Dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan membataskan kemampuan keluarga pelajar untuk membayar yuran mereka, maka sumbangan yang disampaikan diharap dapat memberi sedikit kelegaan.

Program kemudiannya diteruskan ke beberapa perkapungan sekitar Merbok. Sebanyak 30 pek disampaikan kepada keluarga yang memerlukan.

Antara penerma sumbangan merupakan pesakit saraf, Orang Kelainan Upaya dan mereka yang terjejas dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Meskipun hujan lebat turun di Merbok ketika program, ia tidak menghalang kakitangan yang bertugas menyampaikan sumbangan.

YADIM diwakili oleh Azmi Mohamad. Selain itu, yang turut hadir dalam program ialah Mudir Sekolah Agama Zubaidiah, Ustaz Zamri Ibrahim, Wakil Pejabat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Dawai Ustaz Syarbini Syaarie dan Sharifah Saliza Syed Hashim serta dari pertubuhan bukan kerajaan, Briged Bakti Malaysia, Syed Anuar Syed Nuh.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *