YADIM cari lebih ramai rakan strategik, komited santuni asnaf

KAPAR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mencari dan mengalu-alukan badan korporat atau individu untuk tampil bekerjasama dengannya bagi membolehkan badan dakwah ini menyantuni lebih ramai golongan yang memerlukan di negara ini. Yang Dipertuanya, Yang Berbahagia Ustaz Nasrudin Hassan berkata, menerusi lebih banyak peruntukan, usaha membantu asnaf di seluruh negara akan dapat dijalankan dengan lebih […]

Luaskan Is’ad Al Usrah ke seluruh negara

KAPAR – Usaha Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyantuni golongan yang memerlukan menerusi program YADIM Peduli : Is’ad Al Usrah Dan Sumbangan Keluarga Asnaf amat dialu-alukan dan sewajarnya diteruskan ke seluruh negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata,sememangnya menjadi hasrat beliau untuk melihat […]

Pakai ‘facemask’ dengan betul

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengulangi gesaan supaya orang ramai memakai pelitup separuh muka atau ‘facemask’ dengan cara yang betul. Beliau berkata, pemakaian alat pelitup separuh muka merupakan satu kaedah pencegahan yang penting bagi mengelak penyebaran penyakit saluran pernafasan yang tersebar melalui virus, termasuk COVID-19. “Ia boleh digunakan sama ada […]

Program Musa’adah COVID19 RSY Sarawak dan Pulau Pinang

KUCHING – Rakan Siswa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (RSY) pada 19 Julai lalu telah melaksanakan program Musa’adah Covid-19 bagi membantu ahli ahlinya yang terkesan dengan musibah Covid-19 di dua negeri secara serentak iaitu di Sarawak dan Pulau Pinang. Di Sarawak, dua lokasi program telah dipilih iaitu di bandar raya ini serta Samarahan melibatkan sumbangan kepada […]