Home » Citra Yadim » Program Musa’adah COVID19 RSY Sarawak dan Pulau Pinang

Program Musa’adah COVID19 RSY Sarawak dan Pulau Pinang

KUCHING – Rakan Siswa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (RSY) pada 19 Julai lalu telah melaksanakan program Musa’adah Covid-19 bagi membantu ahli ahlinya yang terkesan dengan musibah Covid-19 di dua negeri secara serentak iaitu di Sarawak dan Pulau Pinang.

Di Sarawak, dua lokasi program telah dipilih iaitu di bandar raya ini serta Samarahan melibatkan sumbangan kepada 20 keluarga ahli.

Di Pulai Pinang pula, antara lokasi program ialah di Butterwoth, Bayan Lepas, Georgtown, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Kepala Batas dan Penaga dengan sebanyak 15 keluarga ahli dibantu.

Kesemua mereka yang terdiri daripada keluarga B40 menerima sumbangan barangan keperluan harian bagi meringankan beban mereka.

Di Pulau Pinang juga, wakil Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM telah mengambil peluang untuk mengadakan perjumpaan bersama wakil Majlis Pimpinan Negeri RSY yang baru ditubuhkan 15 Jun 2020 lalu.

Pihak KEMUDA diwakil oleh Penyelaras RSY Pulau Pinang, Nurul Ashikin Zakari, Penolong Pengarah KEMUDA, Mohd Mirzan Abdul Majid, Nazia Aqilah dan Anis Razani.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *