Patuhi SOP, elak kluster ibadah – Zulkifli

KUALA NERUS – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini mengingatkan orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi mengelak wujudnya kluster ibadah berkaitan Aidiladha. Beliau berkata kerajaan tidak mahu berlakunya penularan COVID-19 disebabkan ketidakpatuhan rakyat terhadap SOP sepanjang Aidiladha, yang berisiko […]

Polis pantau masjid, surau dan pusat penyembelihan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di masjid, surau dan kawasan penyembelihan sempena Hari Raya Aidiladha yang akan disambut umat Islam mulai esok. Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu termasuk pemantauan terhadap jumlah kehadiran di pusat penyembelihan yang dihadkan kepada 20 […]

Menteri di JPM, YADIM santuni 200 asnaf di Manir

KUALA TERENGGANU – Seramai 200 orang asnaf yang terkesan dengan penularan Covid-19 di Manir di sini, menerima sumbangan food basket mengandungi barangan keperluan harian daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri yang telah merasmikan […]

OIC seru jemaah haji patuhi penjarakan sosial

JEDDAH – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) meminta jemaah haji tahun ini memberi komitmen untuk mengamalkan penjarakan sosial demi menjaga kesihatan semua pihak, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA). Setiausaha Agung OIC, Dr Yousef Al-Othaimeen, meminta jemaah haji mematuhi prosedur kesihatan yang dilaksanakan pihak berkuasa di Arab Saudi untuk melindungi mereka, anggota keluarga dan jemaah lain. […]

Sumbangan asnaf terkesan Covid-19, persiap surau Kampung Tanah Timbul.

SANGLANG – Pada 29 Julai lalu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis telah mengadakan program ziarah dan menyantuni keluarga yang terkesan dengan penularan Covid-19 di sekitar kawasan ini. Dalam program ini, YADIM Perlis diwakili oleh Pengarahnya, Zuhri Husain selain turut disertai oleh ahli pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Arau. Antara yang diziarahi termasuklah ibu tunggal, […]