Home » Citra Yadim » Menteri di JPM, YADIM santuni 200 asnaf di Manir

Menteri di JPM, YADIM santuni 200 asnaf di Manir

KUALA TERENGGANU – Seramai 200 orang asnaf yang terkesan dengan penularan Covid-19 di Manir di sini, menerima sumbangan food basket mengandungi barangan keperluan harian daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri yang telah merasmikan Program Yadim Peduli : Cuci-Cuci dan Musa’adah Pasca Covid-19 Terengganu di Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah, Kubang Lembik, Manir, sebelum ke program yang sama di Dewan Serbaguna Kampung Banggol Tok Esah di sini.

Ia dianjurkan YADIM Terengganu dengan kerjasama Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Manir serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu.

Antara yang hadir ialah Yang Dipertua YADIM, Yang Berbahagia Ustaz Nasruddin Hassan, Ketua Pengawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh serta Timbalan EXCO Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terengganu merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Yang Berhormat Ustaz Hilmi Dato’ Harun

Turut hadir ADUN Buluh Gading, Yang Berhormat Ustaz Ridzuan Hashim serta Pengarah YADIM Terengganu, Mahadi  Awang.

Dalam ucapannya, Dr Zulkifli menyeru agar agensi agensi di bawah beliau supaya sentiasa bekerjasama dalam menjalankan gerakan dakwah dan membantu masyarakat.

Sementara itu, program ini dimulakan di Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah seawal jam 7.30 pagi dengan pembahagian peserta sebelum kerja mencuci dan sanitasi dimulakan. Perasmian oleh Dr Zulkifli berlangsung pada jam 8.30 pagi.

Selesai di Kubang Lembik, Dr Zulkifi dan delegasi YADIM bergerak ke Kampung Banggol Tok Esah untuk program seterusnya.

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *