Beri Penekanan Kepada Akidah

PEKAN – Gerak kerja dakwah di negara ini perlu memberi penekanan kepada aspek akidah dan tasawuf kerana ia merupakan aspek penting dalam menjadi benteng serangan pemikiran generasi akan datang. Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Lt. Kol. Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan […]

YADIM Bersamamu di PUSPEN Serdang

BANDAR BAHARU – Usaha mendekati dan menyantuni golongan yang menjalani pemulihan daripada dadah oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sentiasa berjalan. Terbaharu pada 2 September, YADIM Kedah telah mengadakan program YADIM Bersamamu di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Serdang di sini. Program selama dua jam bermula pukul 11 pagi itu diadakan di surau PUSPEN Serdang […]

Mufti Perak semakin pulih

Ipoh – Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Pakar KPJ Ipoh di sini, sudah semakin pulih dan turut dipindahkan ke wad biasa. Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan Perak Mohd Akmal Kamarudin berkata, perkembangan terkini itu dimaklumkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perak. Menurutnya, Harussani kini sedang […]

MAIK kutip RM95 juta zakat dalam enam bulan

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mencatatkan peningkatan kutipan zakat lebih RM95 juta dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini. Yang Dipertua MAIK, Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan 6.5 peratus berbanding RM89 juta bagi tempoh sama, tahun lalu. […]

Kerajaan cadang tambah baik Akta 505

PUTRAJAYA – Kerajaan bercadang membentangkan pindaan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) pada sesi Parlimen, November ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Beliau berkata antara pindaan Akta 505 itu melibatkan tadbir urus agensi agama di Wilayah Persekutuan, memperkukuh tadbir urus Majlis Agama […]