Home » Citra Yadim » Beri Penekanan Kepada Akidah

Beri Penekanan Kepada Akidah

PEKAN – Gerak kerja dakwah di negara ini perlu memberi penekanan kepada aspek akidah dan tasawuf kerana ia merupakan aspek penting dalam menjadi benteng serangan pemikiran generasi akan datang.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Lt. Kol. Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkata, gerakan dakwah kini lebih banyak tertumpu kepada persoalan fikh dan bukan soal akidah dan boleh dilihat kepada ceramah yang disampaikan dalam pelbagai platform.

“Kita dapat lihat ada kekurangan dalam aspek dakwah yang memfokuskan kepada akidah dan tasawuf sedangkan aspek inilah yang paling penting, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjung hormat daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 3 September 2020.

Delegasi YADIM diketuai oleh Yang Dipertua, Ustaz Nasrudin Hassan dan turut disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dan pegawai-pegawai kanan yang lain.

Justeru, beliau berharap penekanan itu dapat diberikan oleh agensi-agensi agama seperti YADIM agar masyarakat Islam dapat memahami ajaran Islam sebenarnya dan bukan tertumpu kepada aspek fiqh semata-mata.

Mengenai kunjungan hormat YADIM, beliau mengucapkan terima kasih dan pihaknya akan membincangkan lebih lanjut hasrat yang dikemukan oleh YADIM.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *