Santunan kasih YADIM, RTM, Raia Hotel bantu 100 asnaf

KOTA KINABALU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Raia Hotel pada 30 November berganding bahu menyantuni golongan yang memerlukan di sini. Seramai 100 asnaf menerima manfaat program berkenaan yang mensasarkan anak yatim, asnaf dan pesara RTM di Raia Hotel di sini. Hadir sama ke majlis ini ialah Pengarah Penyiaran […]

Gotong royong pasca banjir Sukarelawan YADIM Kuala Langat

TELOK PANGLIMA GARANG- Bertempat di Kampung Batu 9 Kebun Bharu di sini, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan program berbentuk khidmat bakti pasca banjir. Mereka telah bekerjasama membersihkan dua kediaman di sini yang menjadi mangsa banjir baru baru ini. Pasukan yang diketuai oleh Hasmawi Mahidin ini menghabiskan masa selama dua jam membersihkan kedua […]

YADIM Pahang santuni ibu tunggal, asnaf dan Muallaf

KUANTAN – Seusai program Semarak Dakwah YADIM di parlimen Indera Mahkota di sebelah pagi, diteruskan pula dengan program Semarak Dakwah di parlimen Kuantan pada sebelah petang hingga ke malamnya. Pasukan Sukarelawan YADIM Parlimen Kuantan diketuai Koordinatornya Dr Azhar Jaafar telah turun menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada 30 penerima dari golongan asnaf, ibu tunggal dan muallaf […]

100 OKU terima sumbangan YADIM Terengganu

KUALA NERUS – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terenganu telah mengadakan program YADIM Peduli : Musa’adah khas untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan pada 28 November. Program ini diadakan dengan kerjasama Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan (PERTIS) Wilayah Terenganu di Pusat PERTIS di sini. Seramai 70 ahli persatuan tersebut menerima sumbangan barangan keperluan dapur yang […]

Muallaf Cina Siam disantuni

KOTA BHARU – Seramai 10 golongan asnaf dari kalangan muallaf Cina berketurunan Siam disantuni YADIM Kelantan pada 29 November. Program di Kubang Kerian, Binjai, Panji dan Pulai Chondong di sini diadakan dengan kerjasama Kelab Kebajikan Baitul Hijrah (KKBH). Hadir menyantuni mereka ialah Pengarah YADIM Kelantan, Mahadi Awang dan Penolong Pengarahnya, Yusnita Muhamed Yusoff. Hadir sama […]

200 pemandu teksi, E Hailing terima bantuan

JOHOR BAHRU – Usaha menyantuni golongan yang terkesan dengan Covid-19 oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) diteruskan kepada pemandu teksi. Bertempat di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn di sini, seramai 100 pemandu teksi dan 100 pemandu E Hailing dari sekitar bandaraya ini di santuni YADIM Johor pada 29 November. Menggunakan konsep pandu lalu, kesemuanya […]

Semarak Dakwah YADIM di Indera Mahkota

KUANTAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang pada 28 November telah mengadakan beberapa program di parlimen ini. Acara acara yang berlangsung ini merupakan siri kedua daripada 14 program Semarak Dakwah Peringkat Negeri Pahang. Program bermula dengan dengan kuliah subuh di Masjid As-Syakirin Damansara, Kuantan oleh Ustaz Zainal Abidin Mohamad selaku Koordinator Sukarelawan YADIM Kawasan […]