Home » Citra Yadim » 100 OKU terima sumbangan YADIM Terengganu

100 OKU terima sumbangan YADIM Terengganu

KUALA NERUS – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terenganu telah mengadakan program YADIM Peduli : Musa’adah khas untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan pada 28 November.
Program ini diadakan dengan kerjasama Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan (PERTIS) Wilayah Terenganu di Pusat PERTIS di sini.
Seramai 70 ahli persatuan tersebut menerima sumbangan barangan keperluan dapur yang berupa beras, minyak, susu, gula dan sebagainya.
Majlis yang bermula pada jam 11.00 pagi dihadiri oleh Setiausaha Politik kepada Yang Berhormat Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, Yang Berbahagia Ustaz Mohd Kamal Nazmi.
Beliau mewakili bagi mewakili Menteri Perusahaan Perladangan & Komoditi merangkap Ahli Parlimen Kuala Nerus, Yang Berhormat Dato’ Dr Khairudin bin Aman Razali.
Hadir mewakili YADIM ialah Penolong Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saidin.
Turut hadir Penyelaras Dewan Undangan Negeri Seberang Takir, Yang Berbahagia Haji Fadhil Abd Wahab dan Pengerusi PERTIS Wilayah Terengganu, Mohd Fauzi Mansor.
Pada hari yang sama, YADIM Terengganu juga menyantuni seramai 30 keluarga OKU di Pulau Kerengga, Marang.
Hadir sama ke program ini ialah Pengerusi Taman Rahmat, Ibrahim Che Mat serta Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Kuala Tengah Rhu Rendang Marang, Abdam Awang.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *