Home » Citra Yadim » 200 pemandu teksi, E Hailing terima bantuan

200 pemandu teksi, E Hailing terima bantuan

JOHOR BAHRU – Usaha menyantuni golongan yang terkesan dengan Covid-19 oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) diteruskan kepada pemandu teksi.
Bertempat di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn di sini, seramai 100 pemandu teksi dan 100 pemandu E Hailing dari sekitar bandaraya ini di santuni YADIM Johor pada 29 November.
Menggunakan konsep pandu lalu, kesemuanya menerima sumbangan barangan keperluan harian bagi meringankan beban mereka yang terjejas akibat kekurangan pelanggan.
Para pemandu yang ditemui mengucapkan berbanyak terima kasih kepada YADIM Johor atas keprihatinan yang ditunjukkan.
Mewakili YADIM Johor ialah pengarahnya, Muhamad Ammar Abdullah manakala pemandu teksi oleh Othman Johari dan E Hailing pula oleh Md Fauzee Deraman.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *