Isu kartel daging: Tiada kakitangan Jakim terbabit

Seremban: Tiada kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang terbabit dengan kegiatan penipuan label halal, pemalsuan cap serta pembungkusan semula daging sejuk beku import untuk pasaran tempatan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, beliau sudah melawat dan meninjau makmal halal Jakim dan dapat melihat kesungguhan setiap […]

Dr Zulkifli rasmi kelas pengajian Al Quran YADIM, Dapur Kausar

SEREMBAN – Keperluan aspek pendidikan golongan mualaf tidak dilupakan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Bertempat di Dapur Kausar, sebuah pertubuhan bukan kerajaan di bandar raya ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada 4 Disember telah merasmikan sebuah kelas pengajian Al-Quran khusus untuk golongan mualaf di sini. Dengan kerjasama […]

Selepas 20 tahun, Masjid Wilayah Persekutuan terima karpet baharu

KUALA LUMPUR – Masjid Wilayah Persekutuan di sini, menerima karpet baharu bagi menggantikan karpet lama di dewan solat utama masjid berkenaan yang telah digunakan kira-kira 20 tahun yang lepas sejak awal pembukaan masjid itu. Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Mohd Ajib Ismail berkata proses penggantian karpet baharu yang bernilai kira-kira RM660,000 itu adalah hasil […]

Program Santuni Gelandangan dan Muallaf YADIM Negeri Sembilan

SEREMBAN – Bertempat di Masjid Jamek Seremban, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan akan menganjurkan Program Santuni Gelandangan dan Muallaf pada 4 Disember. Ia dianjurkan YADIM dengan kerjasama Pertubuhan Bukan Kerajaan Dapur Kauthar, Pertubuhan Perihatin Sejagat Negeri Sembilan, Sukarelawan YADIM Negeri Sembilan serta Sukarelawan Al-Basith Negeri Sembilan. Program yang akan menyantuni kira kira 100 […]

15 keluarga Muallaf Thai disantuni

RANTAU PANJANG – Usaha menyantuni golongan muallaf berketurunan Thai diteruskan lagi oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan. Pada 3 Disember, seramai lima keluarga muallaf berketurunan Thai dari kawasan ini dan 10 lagi dari Pasir Mas menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada YADIM Kelantan. Program ini diadakan dengan kerjasama  Persatuan Thai Muslim Kelantan. Hadir sama […]