Home » Langit Terbuka » Selepas 20 tahun, Masjid Wilayah Persekutuan terima karpet baharu

Selepas 20 tahun, Masjid Wilayah Persekutuan terima karpet baharu

Proses penggantian karpet yang ditempah khas dari China itu bermula Sabtu lepas dan ia membabitkan dewan solat utama yang berkeluasan kira-kira 1,350 meter persegi. - Foto Ehsan Malayia Gazette

KUALA LUMPUR – Masjid Wilayah Persekutuan di sini, menerima karpet baharu bagi menggantikan karpet lama di dewan solat utama masjid berkenaan yang telah digunakan kira-kira 20 tahun yang lepas sejak awal pembukaan masjid itu.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Mohd Ajib Ismail berkata proses penggantian karpet baharu yang bernilai kira-kira RM660,000 itu adalah hasil sumbangan 10 ahli korporat yang juga ahli Persatuan Sahabat Masjid Wilayah Persekutuan.

“Pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tidak mempunyai cukup peruntukan dan disebabkan kekangan itu pihak masjid telah mengadakan perbincangan dengan persatuan untuk penukaran karpet baharu.

“Walaupun sumbangan ini hanya datang daripada 10 individu, namun idea itu dapat direalisasikan dan ia sesuatu usaha yang cukup besar,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan karpet baharu.

Turut hadir, Pengerusi Persatuan Sahabat Masjid Wilayah Persekutuan Datuk Seri Hasan Arifin, Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan Muhyidin Aziz@Saari dan 10 penyumbang berkenaan.

Mohd Ajib berkata proses penggantian karpet yang ditempah khas dari China itu bermula Sabtu lepas dan ia membabitkan dewan solat utama yang berkeluasan kira-kira 1,350 meter persegi.- BERNAMA

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *