Home » Citra Yadim » Dr Zulkifli rasmi kelas pengajian Al Quran YADIM, Dapur Kausar

Dr Zulkifli rasmi kelas pengajian Al Quran YADIM, Dapur Kausar

SEREMBAN – Keperluan aspek pendidikan golongan mualaf tidak dilupakan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.
Bertempat di Dapur Kausar, sebuah pertubuhan bukan kerajaan di bandar raya ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada 4 Disember telah merasmikan sebuah kelas pengajian Al-Quran khusus untuk golongan mualaf di sini.
Dengan kerjasama YADIM, kelas itu yang telah pun bermula baru baru ini, menyediakan pengajian Al-Quran secara percuma, dengan setiap sesi dihadkan kepada 10 orang bagi mematuhi SOP menghindar Covid-19.
Dr Zulkifli dalam ucapan perasmiannya berkata, usaha murni YADIM ini sewajarnya dipuji dan mengucapkan terima kasih atas inisiatif yang mulia itu.
Beliau turut mengalu-alukan lebih ramai pihak menuruti inisiatif tersebut.
Hadir sama ke majlis ini ialah Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh serta Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Ustaz Mohd Zaidi Ramli.
Turut hadir ialah Penyelaras YADIM Negeri Sembilan, Hassanal Haris dan Pengerusi Dapur Kausar, Norazlinna Akbar Ali.
Terdahulu, sebelum majlis bermula, Dr Zulkifli turut menyampaikan sumbangan kepada 100 gelandangan yang disantuni dalam majlis itu.
Mereka turut menerima sumbangan barangan keperluan harian.

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *