100 mangsa banjir Kemaman terima sumbangan serta telekung

AIR PUTIH – Daerah Kemaman difahamkan adalah antara kawasan yang teruk dilanda banjir tahun ini. Cakna dengan situasi tersebut, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu pada 4 Disember telah menyalurkan bantuan kepada 100 keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih di daerah itu yang terkesan dengan bencana tersebut. Selain barangan keperluan harian, turut disampaikan […]

Program Semarak Dakwah YADIM Pahang Siri ke-6

POS LEMOI – Usaha mendekati dan menyantuni masyarakat Orang Asli oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sentiasa berterusan. Pada 5 Disember, satu program sumbangan telah dilakukan oleh YADIM Pahang kepada komuniti tersebut di Pos Lemoi, Cameron Highland. Ia sempena Tok Batin dan beberapa lagi penduduknya yang baharu memeluk Islam. Sesi tazkirah juga disampaikan oleh Pengarah […]

YADIM Peduli di Bakar Arang

BAKAR ARANG – Bertempat di Taman Baiduri di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah mengadakan program YADIM Peduli: Ziarah Kasih pada 5 Disember. Sebanyak 30 keluarga yang terdiri daripada asnaf dan pesakit kronik di kawasan tersebut menerima sumbangan daripada YADIM Kedah. Program ini diadakan dengan kerjasama Sukarelawan YADIM Sungai Petani. Sumbangan disampaikan sendiri […]

Kongsi Rezeki Bersama Pekerja Stesen Minyak

KUCHING – Program Kongsi Rezeki anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak diteruskan lagi. Kali ini ia menyantuni seramai 50  pekerja stesen minyak di sekitar bandaraya ini. Sejumlah 50 pek makanan berupa sarapan pagi telah diagihkan kepada kumpulan ini meliputi stesen minyak Petronas, Xcel dan Shell. Antaranya adalah stesen minyak Petronas dan Shell di Jalan […]