Home » Citra Yadim » 100 mangsa banjir Kemaman terima sumbangan serta telekung

100 mangsa banjir Kemaman terima sumbangan serta telekung

AIR PUTIH – Daerah Kemaman difahamkan adalah antara kawasan yang teruk dilanda banjir tahun ini.

Cakna dengan situasi tersebut, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu pada 4 Disember telah menyalurkan bantuan kepada 100 keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih di daerah itu yang terkesan dengan bencana tersebut.

Selain barangan keperluan harian, turut disampaikan ialah set telekung untuk golongan wanita.

Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih, Yang Berhormat Haji Abdul Razak Ibrahim turut sama dalam program ini.

Turut serta dalam program ini ialah kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Air Putih, Akademi Didik Ulama & Amilin Terengganu (DUAT), Ameerah Kemaman, Sukarelawan Pemuda Kemaman serta wakil wakil komuniti.

Sebagai gimik bermulanya program, YADIM menyampaikan kit sumbangan kepada Haji Abdul Razak.

Sumbangan kemudiannya akan disampaikan oleh sukarelawan yang hadir kepada mangsa mangsa banjir.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *