Home » Citra Yadim » Program Semarak Dakwah YADIM Pahang Siri ke-6

Program Semarak Dakwah YADIM Pahang Siri ke-6

POS LEMOI – Usaha mendekati dan menyantuni masyarakat Orang Asli oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sentiasa berterusan.

Pada 5 Disember, satu program sumbangan telah dilakukan oleh YADIM Pahang kepada komuniti tersebut di Pos Lemoi, Cameron Highland.

Ia sempena Tok Batin dan beberapa lagi penduduknya yang baharu memeluk Islam.

Sesi tazkirah juga disampaikan oleh Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Hazmi Dibok selepas Zohor.

Hadir sama ke program ini ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Pahang, Haji Fadzli Mat Saman, Ketua Pembangunan Modal Insan, Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Islam merangkap Pendaftar, Muallaf Negeri Pahang, Majlis Ugama Islam Pahang, Haji Sh. Mohd Firdaus Sh. Othman dan Penggerak Orang Asli Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,  Ustaz Faizul Rahman Samah.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *