YADIM Sarawak sertai operasi bersih Surau Wastu An Nahri

KUCHING – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak pada 17 Januari telah menyertai Operasi Pasca Banjir dengan gotong-royong membersihkan Surau Wastu An Nahri Kampung Tengah Sungai, Sejijak. Ia merupakan undangan Setiausaha dan ahli ahli jawatankuasa surau berkenaan. Seramai 20 sukarelawan daripada pelbagai agensi dan pertubuhan terlibat. Selain YADIM, badan bukan kerajaan (NGO) yang turut membantu […]

YADIM Sabah lancar kempen Prihatin Pitas 2021

KOTA KINABALU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah pada 17 Januari melancarkan kempen Prihatin Pitas 2021 bagi membantu penduduk daerah Pitas yang terjejas teruk akibat banjir. Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki memberitahu, kempen sehingga Rabu depan ini, akan membuka empat buah lokasi penyerahan bagi memudahkan orang ramai menyalurkan sumbangan. Pusat penyerahan sumbangan yang disediakan […]

Bantuan Banjir YADIM Pahang di Bera

BERA – Kampung Kubang Panjang Bandar di sini menjadi lokasi terbaharu, misi membantu rakyat yang menjadi mangsa banjir oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang. Seramai 40 orang Sukarelawan YADIM Pahang dari Kuantan, Pekan dan Rompin bersama badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Pembimbing Masyarakat Sejahtera (PPMS) Yayasan Amal Malaysia (YAM) Cawangan Pahang serta Dakwah Unlimited […]

KKM sahkan vaksin dibangunkan China halal

KUALA LUMPUR – Vaksin yang dibangunkan Institut Biologi Perubatan, Akademi Sains Perubatan Cina (IMBCAMS) di China memperoleh sijil halal. Perakuan itu diberi kepada vaksin yang bakal menjalani ujian klinikal fasa ketiga di Malaysia selepas mendapat kelulusan dan saringan Perkhidmatan Pensijilan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Berdasarkan soalan lazim terbitan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) Kementerian […]