Home » Citra Yadim » Bantuan Banjir YADIM Pahang di Bera

Bantuan Banjir YADIM Pahang di Bera

BERA – Kampung Kubang Panjang Bandar di sini menjadi lokasi terbaharu, misi membantu rakyat yang menjadi mangsa banjir oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang.

Seramai 40 orang Sukarelawan YADIM Pahang dari Kuantan, Pekan dan Rompin bersama badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Pembimbing Masyarakat Sejahtera (PPMS) Yayasan Amal Malaysia (YAM) Cawangan Pahang serta Dakwah Unlimited pada 16 Januari telah bekerjasama menjayakan misi ini.

Pada sukarelawan Rombongan ini berkumpul di Masjid Daerah Bera, Masjid Darul Fikri dan mendengar taklimat yang disampaikan oleh Koordinator Pasukan Sukarelawan YADIM Bera Ustaz Kamaruzzaman Md Isa di Dewan Masjid Darul Fikri.

YADIM Pahang menyampaikan 50 kit ibadah yang berisi telekung solat, kain pelikat, kain batik dan sejadah. Sebahagian sukarelawan juga menyampaikan sumbangan masing masing manakala sebahagian yang lain pula membasuh dua buah rumah warga kampung tersebut.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *