Home » Langit Terbuka » KKM sahkan vaksin dibangunkan China halal

KKM sahkan vaksin dibangunkan China halal

Kajian klinikal fasa ketiga vaksin Covid-19 secara keseluruhan bakal meliputi tempoh sekurang-kurangnya 12 bulan dan membabitkan enam lawatan susulan serta 24 panggilan telefon. - Foto mStar

KUALA LUMPUR – Vaksin yang dibangunkan Institut Biologi Perubatan, Akademi Sains Perubatan Cina (IMBCAMS) di China memperoleh sijil halal.

Perakuan itu diberi kepada vaksin yang bakal menjalani ujian klinikal fasa ketiga di Malaysia selepas mendapat kelulusan dan saringan Perkhidmatan Pensijilan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Berdasarkan soalan lazim terbitan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) Kementerian Kesihatan (KKM), dua jenis suntikan potensi penawar COVID-19 ditawarkan kepada 3,000 sukarelawan yang sihat iaitu vaksin dan placebo.

Bagaimanapun, beberapa prasyarat dikenakan sebelum mana-mana individu diterima dalam kajian berkenaan yang antara lain berumur 18 tahun ke atas dan tidak pernah dijangkiti COVID-19.

Syarat bebas daripada jangkitan COVID-19 dibuat memandangkan individu yang pernah menghidap wabak itu berkemungkinan mempunyai daya ketahanan badan atau imuniti terhadap virus terbabit.

Keadaan itu berkemungkinan merencatkan hasil keputusan kajian yang membandingkan keberkesanan antara suntikan vaksin dan placebo, serta individu merangkumi pelbagai latar belakang.

Setiap sukarelawan bakal memperoleh dua dos pelalian secara percuma, dengan setiap suntikan diberikan mengikut selang 14 hari.

Selain itu, sukarelawan akan diberi pampasan dan kos pengangkutan ketika ingin mendapatkan suntikan selepas menyatakan persetujuan serta menandatangani perjanjian untuk menyertai kajian berkenaan.

Sampel calitan dari tekak dan hidung akan diambil daripada sukarelawan, selain sampel darah serta air kencing untuk wanita subur.

Kajian klinikal fasa ketiga itu secara keseluruhan bakal meliputi tempoh sekurang-kurangnya 12 bulan dan membabitkan enam lawatan susulan serta 24 panggilan telefon.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *