Tak viral, tak dapat bantuan? ‘Log out’ dan lihat sekeliling – Dr Zulkifli

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, meminta orang ramai tidak cepat menuduh atau beranggapan pusat zakat tidak memainkan peranan sepatutnya. Dalam beberapa kemas kini di Twitter, beliau menasihatkan khalayak agar tidak hanya melihat satu perkara seperti yang dipaparkan di media sosial semata-mata. “Di Wilayah […]

Solat Jumaat, fardu dibenarkan di KL, Putrajaya, Labuan dengan kapasiti jemaah separuh

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membuat ketetapan untuk membenarkan perluasan kapasiti jemaah solat Jumaat kepada separuh daripada kapasiti sebenar masjid dan surau Jumaat di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dengan penjarakan fizikal sejauh 1.5 meter, berkuatkuasa esok (5 Februari). Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, jemaah […]

Misi Bantuan Pasca Banjir YADIM Kedah ke Pahang

GUAR CHEMPEDAK – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 4 Februari telah menghantar satu konvoi bekalan untuk misi bantuan pasca banjir ke negeri Pahang. Ia diadakan dengan kerjasama rakan badan bukan kerajaan Darul Aman Care, Al Faizin Care dan MADAD Care. Seramai 12 orang sukarelawan yang menaiki 4 buah kenderaan terdiri dari pacuan 4 […]

Dua beradik mualaf kesempitan dibantu YADIM Pulau Pinang

BUKIT MERTAJAM – Kisah tular dua beradik mualaf di Taman Machang Bubok di sini yang hidup dalam kesempitan segera mendapat perhatian Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang pada 4 Februari. Abdul Rahman Lim dan Abdul Rahim Lim terpaksa mengikat perut ekoran kekurangan wang dan kerap kali hanya makan biskut kering atau mee segera. Keduanya […]

Sumbangan untuk pesakit Talasemia oleh YADIM Sabah

Awang Rafizul Qhusairy Ag Rahim dikesan mengidap Thalasemia sejak berusia tiga bulan. Sejak itu keadaan kesihatannya tidak begitu baik. Ibu bapanya juga perlu memberi perhatian yang khusus terhadapnya. Pelajar tahun enam Sekolah Kebangsaan Pengalat Besar, Papar ini juga memerlukan perbelanjaan khusus bagi merawat penyakit yang dihadapinya. Pada 4 Februari YADIM Sabah diwakili Pengarahnya, Samin Ongki […]

YADIM Kedah santuni nelayan Tanjung Dawai

MERBOK  – Tanjung Dawai di Kedah merupakan sebuah kawasan yang majoriti penduduknya adalah nelayan. Sebahagian daripada mereka ini merupakan golongan B40. Peka dengan situasi tersebut, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah mengadakan program menyantuni masyarakat yang memerlukan di kawasan tersebut. Sebanyak 50 kit bantuan yang mengandungai barangan keperluan asas telah diserahkan kepada Ketua Unit […]