Home » Citra Yadim » Misi Bantuan Pasca Banjir YADIM Kedah ke Pahang

Misi Bantuan Pasca Banjir YADIM Kedah ke Pahang

GUAR CHEMPEDAK – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 4 Februari telah menghantar satu konvoi bekalan untuk misi bantuan pasca banjir ke negeri Pahang.

Ia diadakan dengan kerjasama rakan badan bukan kerajaan Darul Aman Care, Al Faizin Care dan MADAD Care.

Seramai 12 orang sukarelawan yang menaiki 4 buah kenderaan terdiri dari pacuan 4 roda, van dan kenderaan pelbagai guna menyertai misi ini.

Konvoi dilepaskan oleh Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria dan Ahli Parlimen Jerai, Yang Berhormat Ustaz Sabri Azit.

Konvoi antara lain membawa beras, 100 helai toto, 60 pek lampin pakai buang, 100 pek tuala wanita, 20 kotak pakaian, pembasmi kuman dan pelitup muka.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *