Home » Citra Yadim » Dua beradik mualaf kesempitan dibantu YADIM Pulau Pinang

Dua beradik mualaf kesempitan dibantu YADIM Pulau Pinang

BUKIT MERTAJAM – Kisah tular dua beradik mualaf di Taman Machang Bubok di sini yang hidup dalam kesempitan segera mendapat perhatian Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang pada 4 Februari.

Abdul Rahman Lim dan Abdul Rahim Lim terpaksa mengikat perut ekoran kekurangan wang dan kerap kali hanya makan biskut kering atau mee segera.

Keduanya yang memeluk Islam pada Mac tahun lalu turut terpaksa menagih simpati jiran dan masyarakat untuk membantu mereka.

Kisah mereka viral pada 3 Februari selepas didedahkan sebuah portal berita.

Diwakili Penyelaras Pulau Pinang, Mohd Afifi Ruslan, YADIM tampil menghulurkan barangan keperluan harian dan sedikit wang tunai bagi meringankan beban mereka.

Abdul Rahman dalam reaksinya melahirkan perasaan gembira dan bersyukur atas bantuan yang diterima.

“Saya rasa amat bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang membantu, kini pergerakan amat terbatas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Allah sahaja dapat membalas kebaikan orang yang membantu saya serta abang,”ujar beliau.

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *