YADIM Peduli: Musaadah 2.0. Ziarah Muallaf

KUBANG PASU – Sempena Tahun Baru Cina yang akan menjelma, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah bersama rakan strategik antaranya Hidayah Centre Foundation Kedah, Majlis Dakwah Negara, Dhu’afa Sejahtera dan Inisiatif Bandar Selamat Jitra menyantuni tiga keluarga muallaf sekitar kawasan ini. Dalam suasana masyarakat Cina di negara ini yang akan menyambut perayaan itu dalam norma […]

YADIM Peduli: Musaádah Covid-19 Terengganu

PENGKALAN BERANGAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu turut tidak ketinggalan menyantuni golongan asnaf di negeri ini yang memerlukan pembelaan serta terkesan dengan penularan Covid-19. Empat kawasan di santuni hari ini (10 Februari) iaitu di Pengkalan Berangan, Hulu Besut, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu. Di Pengkalan Berangan sebanyak 30 keluarga penoreh getah menerima sumbangan […]

Pesakit Talasemia cilik terima sumbangan PBNS

PAPAR – Seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Pengalat Besar di sini, yang menderita penyakit Talasemia, hari ini (10 Februari) menerima sumbangan untuk meringankan beban keluarganya. Awang Rafizul Qhusairy Ag Rahim, 12 dikesan mengidap penyakit tersebut ketika berusia tiga bulan dan sejak dari itu, keadaan kesihatannya menjadi tidak menentu. Baru baru ini, ibu bapanya telah membeli sebuah […]

Asnaf keturunan Siam, Cina turut terima sumbangan YADIM Kelantan

PASIR PUTEH – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)  Negeri Kelantan hari ini (10 Februari) turun padang menyantuni 10 keluarga asnaf yang mempunyai ahli keluarga Orang Kelainan Upaya atau sakit terlantar di sekitar Dewan Undangan Negeri Limbongan dan Gaal di sini. Bagi meringankan bebanan keluarga yang terlibat,  YADIM Negeri Kelantan menyerahkan sumbangan berbentuk makanan keperluan asas, […]

YADIM Sarawak bantu mangsa kebakaran Flat Taman Suria Jaya

MATANG – Sebanyak 14 unit kediaman di Flat Taman Suria Jaya di sini terbakar pada awal pagi hari ini (10 Februari). Seramai lima penghuni cedera dalam kejadian berkenaan, namun tiada kehilangan nyawa dilaporkan. Prihatin dengan nasib penghuninya, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak segera tampil menghulurkan bantuan kepada mereka. Walaupun 13 daripada 14 pemilik kediaman […]

Penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam menetapkan hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan ia wajib diambil golongan ditetapkan kerajaan. Ketetapan itu dibuat menerusi mesyuarat kali ke-10 jawatankuasa berkenaan pada 3 Disember lalu. Jabatan Perdana Menteri, berkata penggunaan vaksin bagi melindungi manusia daripada penyakit berbahaya bukanlah perkara asing dalam […]