Home » Citra Yadim » YADIM Sarawak bantu mangsa kebakaran Flat Taman Suria Jaya

YADIM Sarawak bantu mangsa kebakaran Flat Taman Suria Jaya

MATANG – Sebanyak 14 unit kediaman di Flat Taman Suria Jaya di sini terbakar pada awal pagi hari ini (10 Februari). Seramai lima penghuni cedera dalam kejadian berkenaan, namun tiada kehilangan nyawa dilaporkan.

Prihatin dengan nasib penghuninya, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak segera tampil menghulurkan bantuan kepada mereka.

Walaupun 13 daripada 14 pemilik kediaman adalah bukan Muslim, namun mereka tetap dibantu sesuai dengan gerak kerja dakwah YADIM yang menyantuni semua tanpa mengira latar belakang.

Sumbangan yang disampaikan kepada mangsa adalah barangan keperluan harian seperti beras, garam, gula, kicap, sos, minyak masak, roti, mee hoon, susu, air mineral, lampin pakai buang serta kit pembersihan peribadi kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

Kesemua barangan yang disampaikan YADIM Sarawak adalah daripada orang ramai yang mahu berinfaq kepada masyarakat menerusi YADIM Sarawak.

Penolong Pengarah YADIM Sarawak, Zamri Bali menyampaikan sumbangan berkenaan kepada Ketua Kampung Flat Taman Suria Jaya, Wan anak Seman.

.

 

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *